Pages

20 Apr 2013

7 Bulan


Salam and peace.
It has been a while since the last time I update my blog. Aku bukak blog ni pun sebab aku saja nak baca balik blog blog yang aku follow. Ye lah.., kalau aku menghadap game lama lama pun bosan gak. So aku singgah la sini kejap..

Time aku bukak tadi Blogger.com ni tadi, apa yang aku perasan, Blogger.com ni dah jadi lain. Nasib baik aku boleh tahan dengan kepeningan dia. Kalau tak memang aku sign out tak update dah blog ni. Tapi macam mana pun aku rasa Blogger.com yang baru ni.., cantik.. Susunan tambah warna putih oren buat home page ni nampak luas. Apa pun aku suka home page blogger yang baru ni :D

Aku apa khabar?
Aku Alhamdulillah sihat. Banyak benda dah jadi sejak last aku update blog aku ni. Terlalu banyak benda yang berubah. Tempat belajar, kawan, hidup aku dan macam macam lagi lah..

Tempat belajar - Ya aku dah pindah tempat belajar aku. Aku dah tak belajar kat PTPL Shah Alam dah. Kenapa? 1) Kos yang aku ambil waktu kat sana terlalu banyak kerja yang nak kena buat. 2) Kos yang aku ambil kat sana tu jugak banyak guna duit tambah pulak dengan tempat aku belajar tu swasta. Lagi lah banyak guna duit~
So aku pindah mana? Aku pindah naik utara balik. Tapi bukan kat Penang. Aku pindah kat Perlis. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Yes it is kerajaan and it is lot lot cheaper than PTPL.. Aku dapat tawaran betul betul hujung tahun 2012. Kos belajar pun aku tukar bila masuk sini. Aku ambil kos Diploma In Programming. Kos ni jauh lebih mudah dan murah dari kos RekaBentuk Grafik yang aku ambil sebelum ni. Dan sekarang aku dah nak habis semester 1 dah. *ya aku muda satu sem dari korang D:*

Kawan - Bukan kawan aku berubah. Tapi aku dapat kawan baru. Ye lah kan, tukar tempat baru mesti la dapat kawan baru. Dan kawan kawan baru aku ni lebih kurang aku jugak. Dan aku suka diorang. I heart them. *euw..* Kawan kawan kat PTPL, aku tak lupa korang. Tak akan lupa.. Syahir, Hassan, Din, Choi, Farah dan yang lain lain aku tak sebut tu maaf.. Budak floormate aku : Amir, Syazmeer, Ijat, Khali, Qayyum, Aiman, Ammar, Andy dan yang lain lain aku tak sebut tu maaf..

Hidup aku? - Hidup aku pun banyak berubah. Aku nampak kat diri aku ni aku makin banyak makan. And I am getting fatter. *god damn it* Aku pun tak tahu kenapa. Sebab cuaca di Perlis mungkin. Aku tak tahu.. Tapi macam mana pun, aku boleh rasa dan boleh nampak yang diri aku makin berubah. Dan perubahan tu buat aku happy dan puas hati :)

p/s : tajuk post ni menunjukkan lama mana aku tak update blog aku. dan InsyaAllah aku akan cuba kerapkan diri untuk update blog aku. itu je kot.. maaf sebab tak update.

9 Sept 2012

Cerita Baru Update

Salam and peace. Hari ini baru aku sedar yang aku dah lama tak bukak blog. Sampai aku sendiri pun terkejut dengan aku punya last post kat blog ni. 17 Jun.. Dah lama sangat tak menulis. Dan hari ini aku cuba menulis kembali. Berlagak macam pandai menulis ja.

Hidup aku boleh tahan susah la kat Shah Alam ni. Bukan apa., assignment yang terlalu 'memberatkan' buat aku susah nak bernafas nak hidup. Bayangkan kena buat arca bentuk ikan. How the hell I'm gonna do that? Macam aku ini anak orang berseni nak buat arca ni semua. Padahal  aku yang aku yang ambil course ni (=.=). Tapi nak tak nak., aku buat la jugak. Dan Alhamdulillah pensyarah aku puas hati :)

Suasana hari raya? Erm., macam mana nak cerita? Since aku belajar kat Shah Alam, kampung aku kira tak jauh mana la dari kolej aku ni. Ya kampung aku memang kat Shah Alam. Biarlah orang nak kata Tu bukan kampung. Tu bandar! ke apa ke, mana atuk dengan nenek aku tinggal, situ lah kampung aku. Aku sambut raya hari tu dalam keadaan sederhana sahaja. Sebab atuk dengan nenek aku belah Umi aku kurang sihat. So tak boleh la nak meriah sangat dalam rumah tu. Cukup setakat ada ketupat, rendang, lontong dan kuih raya. Semua tu cukup untuk menggambarkan suasana hari raya :)

Reunion kelas 5 Ihsan? Reunion Group94? Perjumpaan ex-SMKA yang duduk area Selangor dengan KL? Cerita aku dengan dia? Nanti lah aku ceritakan. Tunggulah aku balik Penang. Habis semua aku ceritakan siap dengan gambar aku boleh bubuh :)

p/s : aku online guna lappy kawan + guna internet curi kedai mamak sebelah kolej. amcam? hebat tak orang duduk asrama? haha xD

17 Jun 2012

Bukan Rumah Aku Tapi Kampung Aku

Salam and peace.

Ni aku ada kesempatan nak taip. So aku taip je lah.

Dah 2 minggu aku jauh dari rumah. Jauh dari Penang kalau nak lagi gempak. PTPL is a not bad collage. Aku tengok latar belakang kolej tu memang best. Bekas-bekas pelajar pun hebat-hebat dah sekarang. Kolej tu memang gempak.

Tapi ada satu benda yang menghairankan aku. Dalam lagu kolej tu ada sebut 'Membentuk akhlak mulia, anak watan'. Tapi aku tengok student-student kat situ rilek je pegang tangan lelaki permpuan. Mana 'membentuk akhlak mulia'nya? Waktu orientasi pun macam tu jugak. Fasilitator pon pengang tangan lelaki perempuan macam tak dak apa. Pakai seluar ketat lah.., baju singkat la. Mungkin ni yang orang kata Kejutan Budaya. Benda yang kita lalui dulu lain dengan benda yang kita lalui sekarang.

Sepanjang 2 minggu aku duduk kat kolej ni, ada satu masalah yang aku rasa aku akan susah nak atasi - duit. Duit makan aku kat sini saja dah dalam RM15 sehari. Bayangkanlah kalau sebulan. Banyak gila pakai duit. Aku pun kadang-kadang terpaksa ikat perut kalau nak save duit. Ini pun nasib baik dah dekat dengan Ramadhan. Boleh aku jimat banyak sikit. Haish =.=

Kawan-kawan aku semua ok. Semua satu kepala macam aku jugak. Aku bukan setakat kenal roommates aku ja, aku dah kenal satu aras aku dah. Tapi aku tak kenal nama betul diorang la. Kenal nama panggilan ja. Tapi yang pasti semua havoc. Kalau nak suruh aku senaraikan nama floormates aku, memang susah la.

Apa apa pun., aku harap aku tak terikut dengan budaya kat sini. Itu ja. Pintu taubat masih lagi terbuka. Selagi ajal kita belum sampai, selagi tu dia masih terbuka.

p/s : aku balik kampung sebab nak basuh baju. aku malas nak basuh baju kat sana. kalau nak hantar dobi kena pakai duit lagi. sebab tu aku sempat update blog. haha xD

2 Jun 2012

Kenangan :D

Salam and peace.

Tadi aku saja korek Facebook aku. Yelah., aku buat Facebook dari bila? Dari form 3 kot. So aku tengok balik benda lama lama dekat Facebook aku tu. Aku tengok gambar, tengok post aku yang lama lama and macam macam lagi la. Tapi aku habiskan masa tengok gambar je la. Aku malas nak baca post aku yang lama lama tu. Sebab aku rasa macam tak percaya benda tu aku post. Bahasa yang aku guna teruk kot.

Bila aku tengok gambar yang lama lama tu, aku terjumpa la 2-3 gambar yang buat aku teringat zaman kat gambar tu. Ada gambar pergi lawatan kat Johor, lawatan ke Kelantan dan Terengganu, ada gambar aku jadi pengerusi majlis dan macam macam lagi la. Tapi kat sini aku nak tunjuk 3 gambar ja.


Gambar ni waktu aku form 4. Yang dua orang perempuan tu senior aku. Ni gambar kitorang jadi MC majlis apa entah. Aku lupa Tapi majlis tu majlis penting la. Ada 3 MC sebab sekolah duna 3 bahasa. Aku Jadi MC bahasa inggeris. Yang sebelah aku MC bahasa arab. Dia memang pro arab. Aku tak tau macam mana dia study. Yang sebelah dia MC bahasa melayu. Dia orang debat kot. Tu jadi MC tu.

Well gambar ni memang buat aku teringat zaman waktu tu. Sebab? Sebab waktu ni la aku 1st time jadi MC majlis besar. Aku sebelum ni jadi MC perhimpunan je. Itupun perhimpunan Selasa sampai Khamis. Bukan hari Isnin punya perhimpunan. Dan waktu ni jugak aku kena buat persembahan multimedia. Dan sememangnya malam sebelum event tu memang aku penat gila. Nak bagi siap persembahan tu dengan nak train nak jadi MC. Aku tak tidur 2 malam sebab nak prepare untuk event ni.


Yang ni gambar aku kat Kelantan. Yang 2 orang sebelah aku tu kenalan dalam Friendster sebenarnya. Dan kalau korang tak tahu Friendster tu apa, jangan search. Sebab website tu dah jadi website apa entah. Game kot. Tapi bagi orang yang tahu Friendster tu apa. Zaman aku dan kau lebih kurang sama :D

Ya kitorang mula kenal dari Friendster. Lepastu Friendster jadi bosan tukar pergi MySpace. Dekat MySpace tak ramai yang buat sebab tak reti. *mungkin* Lepastu sambung kat Facebook. Kitorang kenal macam tu la :D

Aku pergi Kelantan dengan sekolah. JPN belanja sekolah sekolah asrama dekat Pulau Pinang pergi hang out kat Kelantan & Terengganu. Bukan semua sekolah asrama, beberapa sahaja. Sebab apa aku tak ingat. So waktu tu aku saja call 2 orang ni kata aku nak sampai Kelantan dan diorang tanya 'Kat area mana?' Aku jawab 'Wakaf Che Yeh'. *aku tak tau aku eja betul ke tak* So diorang kata 'Dekat je tu. Nanti kau dah sampai miss call aku'. Lepas aku sampai ja, aku miss call terus. Lepas kemas beg aku kat hotel berdekatan, turun balik jumpa 2 orang ni. Ah~ I miss that moment :D


Gambar ni waktu form 4 jugak. Tengah tahun 2010 kot. Aku tak pasti sangat. Tapi apa yang buat aku teringat kat gambar ni pengalaman pergi ke kenduri tu.

Mula-mula berkumpul dekat rumah sorang kawan ni. Ada dalam 5-6 orang jugak la. Niat nak tumpang kereta mak dia pergi kenduri tu. Tapi apakan daya kereta dia hanya kereta Honda City. So kitorang pun sumbat je semua dalam tu. Memang full stack kereta tu dibuatnya. Haha :D

Waktu sampai kenduri tu, jumpa kawan-kawan yang lain dah sampai. Memang havoc terus keadaan lepas tu. Gambar ni pulak photographer pengantin tu yang ambikkan. Terima kasih bro!

----------

Ini yang aku jumpa waktu aku tengok balik benda-benda lama dekat Facebook aku. Cuba korang tengok korang punya pulak. Ada yang mengingatkan kembali kepada zaman silam? Kalau ada mesti seronok kan? Sebab teringat apa yang kita buat dahulu. Kadang kadang 'benda' lama buat kita lebih matang. Seriously...

Jadi itu je la aku nak ceritakan. Tak banyak. Tapi sekurang kurangnya aku teringat balik pada kawan kawan aku dahulu :D

p/s : isnin 4 Jun aku daftar masuk PTPL Shah Alam. yang lain selamat berjuang. aku memang teringat kat kawan kawan aku sekarang. i'm gonna miss you all dude T_T

19 May 2012

He's Awesome. He's My Dad.

Salam and peace. Selamat kembali ke blog AWESOME ni. Harap korang nak baca benda mengarut kali ni.

Ada satu hari ni, ayah aku makan tengah hari lambat sikit. Maksudnya bila kitorang adik beradik yang lain dah start makan baru ayah aku mula makan. Sebab ayah aku layan adik aku yang kecik sekali nak makan. Dan tiba tiba adik aku tu nak duduk sebelah ayah aku. So ayah aku suruh aku tukar tempat. Sebab aku duduk sebelah ayah aku. Bukan apa, cuma aku dah memang selalu duduk kat bahagian tu kalau makan.

Lepas tu aku ingat aku nak bergurau lah dengan ayah aku. Aku cakap 'Nanti kawin 2 susah pulak'. Waktu ni aku memang muka selamba depan mak aku. Adik aku yang F4 tahun ni pon kata ' Ya Allah!! Perasan teruk.' Aku pon tergelak la. Mak aku siap cakap 'Adam? Kenapa adam fikir macam tu?'. Ye la, kan orang tua tua dulu cakap kalau tukar tukar tempat waktu makan kawin banyak. So aku saja la cakap macam tu.

Tapi yang paling best bila ayah aku kata, 'Takpa, benda halal.'. Aku waktu tu pon macam 'Wow! Seriously?'. Aku pon tukar lah tempat dengan adik aku yang kecik sekali tu. Mak aku terkejut kata 'Abang? Biar betul abang ni?' with her shock face. Naah~ You'll never know how her face at that time :D

p/s : jangan takut nak buat benda baik. sebab benda baik takkan menakutkan anda di kemudian hari. malah membantu anda. tapi kalau nak kawin 2 pon tanya isteri 1st dulu. kang tak pasal pasal wujud UFO dalam rumah.