Pages

26 Apr 2012

Cara Membezakan Manusia

Salam and peace. Agak lama aku tak update sejak last time aku tulis benda mengarut aku kat blog ni. Aku bukan sibuk nak update blog tapi kurang idea apa yang nak tulis. Nak keluar rumah, transport tak dak. Kerja? Aku tak kerja. Why? Sebab tak dak transport. Aduhai hidup. Menghadap komputer je la tiap hari.

Baru-baru ni ada orang tanya aku 'Kenapa orang suka bawak kereta eh? It obviously creepy and scary'. Aku tersentak bila ditanya soalan macam tu. Apa yang perlu ditakutkan? Takut kemalangan? Bagi aku tak perlu takut. Sebab bagi aku kalau takut umpama takut untuk melangkah kehadapan. Ya kemalangan sesuatu perkara yang tidak baik. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh ambik iktibar dari apa yang berlaku. Tak gitu?

Aku ada kenal seorang manusia ni. Dia kawan aku. Sifat dia memang pemalu. Maksud aku malu sampai tak kenal tempat. Malu sampai nak nak tanya orang yang dia tak kenal pun tak mahu. Aku tanya dia 'Kenapa kau ni sampai macam tu sekali?'. Lepas tu dia jawab 'Aku segan sikit kalau nak tegur orang. Kalau orang tu tegur dulu tak pa gak. Kalau aku tegur pon orang yang aku kenal ja'. So aku pun tak mahu la kecikkan hati dia. Aku fikir positif ja. Aku anggap dia ni tahu macam mana nak progress dalam hidup. Cuma cara yang membezakan dia dengan orang lain.

Ingat, manusia ada banyak ragam dia. Jangan sesekali pandang buruk kat orang lain. Sebab kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Kita tak tahu apa yang dia fikir.

p/s : post ni aku tak tuju kat siapa pun. biar aku sorang ja yang tahu. sekadar teguran untuk diri sendiri. biar post kali ni jadi muhasabah untuk kita semua.

4 Apr 2012

How To : Print Screen

Salam and peace. So hari ni aku nak buat 'How To' Print Screen. Sebenarnya print screen ni senang ja nak buat. Kalau tengok keyboard pon ada button print screen tu. Cuma dia shortform kan ja. Dia tulis 'PrtScn'. Dan hari ni aku nak ajar sebanyak mana cara yang aku tahu untuk print screen kat komputer ni.

Print screen boleh buat dengan 2 cara :
1. Key kat keyboard
2. Software

Dua-dua cara tu ada senang susah dia. Cara yang 1st tu senang dia tak payah keluar duit nak beli software. Cuma kalau komputer korang tak ada keyboard tu lain cerita. Beli la sendiri. Susah dia korang mungkin korang akan keliru antara waktu print screen dengan paste gambar tu nanti. Tak faham? Nanti aku ajar. Cara yang 2nd tu pulak senang dia korang tak payah pikir banyak nak print screen tu. Tekan satu button and korang boleh cari dalam korang punya folder yang korang save gambar print screen tu. Tak faham? Nanti aku ajar.

Cara yang pertama : Keyboard
Cara ni korang cuma tekan 'Shift+PrtScn'. Button 'PrtScn' tu selalunya dekat sebelah button 'F12'. Itu kalau keyboard standard untuk komputer. Kalau korang pakai laptop atau notebook, korang tengok dulu button 'PrtScn' tu. Sebab sesetengah laptop atau notebook dia company tu buat warna. Diorang warnakan bukan sebab nak bagi cantik atau lain lain tapi nak kurangkan penggunaan button 'Shift'. *kalau tak silap aku la* So kalau button 'PrtScn' kat laptop atau notebook korang berwarna, korang tekan button 'Fn+PrtScn'. 'Fn' tu maksud dia Function. Jangan tanya dah lepas ni. Button 'Fn' tu ada sebaris dengan 'spacebar' belah kiri. Kalau still tak dak boleh tanya aku. Komen kat post ni.

Lepas korang tekan button 'Shift+PrtScn' atau 'Fn+PrtScn' tu, korang bukak paint tekan 'Ctrl+V' kat situ. Nanti gambar tu keluar la kat situ. Save and siap ><'

Cara yang kedua : Software
Cara ni untuk yang ada software yang berkenaan saja. Banyak software yang korang boleh guna sekarang kalau nak print screen komputer korang. Tapi kebanyakannya kena beli kalau nak yang full version punya. Korang boleh search Fraps atau Dxtory adalah contoh yang aku selalu guna. Tapi bukan guna untuk print screen, tapi guna untuk recording. Kalau nak sembang recording lain post. Bukan kat sini.

Tapi ada satu software yang free untuk mudahkan kerja print screen korang tu. Software tu boleh print screen ja. Tak boleh recording. And aku rasa kebanyakan komputer sekarang dah siap ada software tu. Nama software tu Snipping Tool. Cuba korang search kat Start Menu korang. InsyaAllah ada. Software tu bentuk dia lebih kurang macam yang kat bawah ni.


Lepas tu korang tekan drop down button tu dan pilih jenis yang macam mana korang nak pring screen. Software ni dia bagi pilih 4 cara nak crop atau print screen. Ada Free-form snip, Rectengular snip, Windown snip dan Full-screen snip. Korang pilih yang mana korang nak. Lepas tu save dan siap. Mudah kan?

p/s : post kali ni kredit untuk @miszpurplepink sebab dia yang mintak tolong aku ajar dia. dia kata ramai yang dah ajar dia, tapi apa pun tak jadi. so aku harap dia boleh paham dengan apa yang aku tulis ni. thanks a lot mah frendz. *maaf. rempit US sikit*. and aku rasa macam susah sikit nak paham post aku kali ni. maaf andai kurang memahami. komen kat bawah kalau perlu dibaik pulih.