Pages

19 May 2012

He's Awesome. He's My Dad.

Salam and peace. Selamat kembali ke blog AWESOME ni. Harap korang nak baca benda mengarut kali ni.

Ada satu hari ni, ayah aku makan tengah hari lambat sikit. Maksudnya bila kitorang adik beradik yang lain dah start makan baru ayah aku mula makan. Sebab ayah aku layan adik aku yang kecik sekali nak makan. Dan tiba tiba adik aku tu nak duduk sebelah ayah aku. So ayah aku suruh aku tukar tempat. Sebab aku duduk sebelah ayah aku. Bukan apa, cuma aku dah memang selalu duduk kat bahagian tu kalau makan.

Lepas tu aku ingat aku nak bergurau lah dengan ayah aku. Aku cakap 'Nanti kawin 2 susah pulak'. Waktu ni aku memang muka selamba depan mak aku. Adik aku yang F4 tahun ni pon kata ' Ya Allah!! Perasan teruk.' Aku pon tergelak la. Mak aku siap cakap 'Adam? Kenapa adam fikir macam tu?'. Ye la, kan orang tua tua dulu cakap kalau tukar tukar tempat waktu makan kawin banyak. So aku saja la cakap macam tu.

Tapi yang paling best bila ayah aku kata, 'Takpa, benda halal.'. Aku waktu tu pon macam 'Wow! Seriously?'. Aku pon tukar lah tempat dengan adik aku yang kecik sekali tu. Mak aku terkejut kata 'Abang? Biar betul abang ni?' with her shock face. Naah~ You'll never know how her face at that time :D

p/s : jangan takut nak buat benda baik. sebab benda baik takkan menakutkan anda di kemudian hari. malah membantu anda. tapi kalau nak kawin 2 pon tanya isteri 1st dulu. kang tak pasal pasal wujud UFO dalam rumah.

14 May 2012

Banyak. Terlalu Banyak.

Salam and peace.

Aku ada banyak sangat cerita. Memang terlalu banyak. Aku nak tulis. Tapi bukan masanya. Nanti aku tulis. Lepas semua benda tu berlalu baru aku ceritakan.

p/s : sebelum tidur buat solat sunat. *peringatan buat diri. selamat malam dan assalamualaikum :D

8 May 2012

SMK Tunku Abdul Rahman

Salam and peace.

Universiti? I'm not going there. Why? Tak dapat tawaran. Yes. Tak dapat. So tak payah nak kata aku tipu. Tak payah nak suruh aku buktikan yang aku tak tipu. Tak perlu suruh aku print screen benda alah tu.

So how? Aku pergi Form 6 jugak lah gamaknye. Dah itu ja pilihan yang aku ada. Aku ada dapat tawaran ke KTAC bidang Sains Komputer. Tapi tu kolej swasta. Tengok pinjaman PTPTN antara RM36000 ke RM64000. Cepat cepat aku reject. Sebab aku sedar family aku bukan orang yang senang.

SMK Tunku Abdul Rahman, kau je lah tempat aku lepas ni. Memang ramai pelajar cina kat situ, tapi biarlah aku belajar bergaul pulak. Asyik melekat dengan orang yang 'sama' jenis ja. Cuba bergaul 'lebih' sikit. Bukan apa. Aku guna idea ni untuk tenangkan hati. Nak biarkan hati menerima dengan apa yang diberi olehNya.

Dan kepada yang dapat tawaran U tu, tahniah diucapkan. Belajar elok elok. Sebab zaman la ni bukan senang nak dapat tempat. Kena belajaq lek lok baghu boleh dapat tawaran kemaih kemaih. Yang tak dapat macam aku ni, mesti dapat tawaran yang lain kan. Form 6 ke, matriks ke, mesti dapat kan? Pon sama. Study elok elok. Sebab aku tahu kita semua pasti akan berjaya. CONFIRM!

p/s : moral of the story is : belajar elok elok. jangan jadi macam aku. kan dah susah nak sambung belajar.

1 May 2012

Hanya Tinggal Satu

Salam and peace. Aku dah lalu banyak benda yang susah. Tapi benda yang paling susah kalau benda tu buat aku tak boleh aku pergi ke depan.

Ya, dukacita dimaklumkan aku dah ditolak tawaran untuk ke Maktab Perguruan dan Matrikulasi. Yang aku dapat cuma ke Tingkatan 6. Dan itu bukanlah apa yang aku harapkan. Aku harapkan tempat yang lebih baik.

Aku bukan kata Tingkatan 6 tu tidak baik. Tidak sama sekali. Cuma itu bukan tempat yang aku idamkan. Aku mahukan tempat pembelajaran yang aku suka. Bukan berpakaian sekolah. Aku cuma inginkan kelainan ketika belajar didalam kelas. Pakai baju T-shirt bebas, seluar slack bebas and so on. Tapi apa yang aku dapat sama macam aku alami dahulu.

Tapi apakan daya inilah takdir aku. Aku mesti bersyukur dengan apa yang aku dapat. Kalau difikirkan kembali, memang salah aku tak berusaha dari awal. Mungkin Allah bagi ni sebagai peluang kedua untuk capai cita-cita aku.

p/s : jangan berhenti berdoa. jangan terlintas untuk berhenti berdoa. kalau kita tak ingat Allah, jangan harap Allah nak ingat pada kita.