Pages

9 Sept 2012

Cerita Baru Update

Salam and peace. Hari ini baru aku sedar yang aku dah lama tak bukak blog. Sampai aku sendiri pun terkejut dengan aku punya last post kat blog ni. 17 Jun.. Dah lama sangat tak menulis. Dan hari ini aku cuba menulis kembali. Berlagak macam pandai menulis ja.

Hidup aku boleh tahan susah la kat Shah Alam ni. Bukan apa., assignment yang terlalu 'memberatkan' buat aku susah nak bernafas nak hidup. Bayangkan kena buat arca bentuk ikan. How the hell I'm gonna do that? Macam aku ini anak orang berseni nak buat arca ni semua. Padahal  aku yang aku yang ambil course ni (=.=). Tapi nak tak nak., aku buat la jugak. Dan Alhamdulillah pensyarah aku puas hati :)

Suasana hari raya? Erm., macam mana nak cerita? Since aku belajar kat Shah Alam, kampung aku kira tak jauh mana la dari kolej aku ni. Ya kampung aku memang kat Shah Alam. Biarlah orang nak kata Tu bukan kampung. Tu bandar! ke apa ke, mana atuk dengan nenek aku tinggal, situ lah kampung aku. Aku sambut raya hari tu dalam keadaan sederhana sahaja. Sebab atuk dengan nenek aku belah Umi aku kurang sihat. So tak boleh la nak meriah sangat dalam rumah tu. Cukup setakat ada ketupat, rendang, lontong dan kuih raya. Semua tu cukup untuk menggambarkan suasana hari raya :)

Reunion kelas 5 Ihsan? Reunion Group94? Perjumpaan ex-SMKA yang duduk area Selangor dengan KL? Cerita aku dengan dia? Nanti lah aku ceritakan. Tunggulah aku balik Penang. Habis semua aku ceritakan siap dengan gambar aku boleh bubuh :)

p/s : aku online guna lappy kawan + guna internet curi kedai mamak sebelah kolej. amcam? hebat tak orang duduk asrama? haha xD

No comments:

Post a Comment