Pages

17 Jun 2012

Bukan Rumah Aku Tapi Kampung Aku

Salam and peace.

Ni aku ada kesempatan nak taip. So aku taip je lah.

Dah 2 minggu aku jauh dari rumah. Jauh dari Penang kalau nak lagi gempak. PTPL is a not bad collage. Aku tengok latar belakang kolej tu memang best. Bekas-bekas pelajar pun hebat-hebat dah sekarang. Kolej tu memang gempak.

Tapi ada satu benda yang menghairankan aku. Dalam lagu kolej tu ada sebut 'Membentuk akhlak mulia, anak watan'. Tapi aku tengok student-student kat situ rilek je pegang tangan lelaki permpuan. Mana 'membentuk akhlak mulia'nya? Waktu orientasi pun macam tu jugak. Fasilitator pon pengang tangan lelaki perempuan macam tak dak apa. Pakai seluar ketat lah.., baju singkat la. Mungkin ni yang orang kata Kejutan Budaya. Benda yang kita lalui dulu lain dengan benda yang kita lalui sekarang.

Sepanjang 2 minggu aku duduk kat kolej ni, ada satu masalah yang aku rasa aku akan susah nak atasi - duit. Duit makan aku kat sini saja dah dalam RM15 sehari. Bayangkanlah kalau sebulan. Banyak gila pakai duit. Aku pun kadang-kadang terpaksa ikat perut kalau nak save duit. Ini pun nasib baik dah dekat dengan Ramadhan. Boleh aku jimat banyak sikit. Haish =.=

Kawan-kawan aku semua ok. Semua satu kepala macam aku jugak. Aku bukan setakat kenal roommates aku ja, aku dah kenal satu aras aku dah. Tapi aku tak kenal nama betul diorang la. Kenal nama panggilan ja. Tapi yang pasti semua havoc. Kalau nak suruh aku senaraikan nama floormates aku, memang susah la.

Apa apa pun., aku harap aku tak terikut dengan budaya kat sini. Itu ja. Pintu taubat masih lagi terbuka. Selagi ajal kita belum sampai, selagi tu dia masih terbuka.

p/s : aku balik kampung sebab nak basuh baju. aku malas nak basuh baju kat sana. kalau nak hantar dobi kena pakai duit lagi. sebab tu aku sempat update blog. haha xD

No comments:

Post a Comment