Pages

2 Jun 2012

Kenangan :D

Salam and peace.

Tadi aku saja korek Facebook aku. Yelah., aku buat Facebook dari bila? Dari form 3 kot. So aku tengok balik benda lama lama dekat Facebook aku tu. Aku tengok gambar, tengok post aku yang lama lama and macam macam lagi la. Tapi aku habiskan masa tengok gambar je la. Aku malas nak baca post aku yang lama lama tu. Sebab aku rasa macam tak percaya benda tu aku post. Bahasa yang aku guna teruk kot.

Bila aku tengok gambar yang lama lama tu, aku terjumpa la 2-3 gambar yang buat aku teringat zaman kat gambar tu. Ada gambar pergi lawatan kat Johor, lawatan ke Kelantan dan Terengganu, ada gambar aku jadi pengerusi majlis dan macam macam lagi la. Tapi kat sini aku nak tunjuk 3 gambar ja.


Gambar ni waktu aku form 4. Yang dua orang perempuan tu senior aku. Ni gambar kitorang jadi MC majlis apa entah. Aku lupa Tapi majlis tu majlis penting la. Ada 3 MC sebab sekolah duna 3 bahasa. Aku Jadi MC bahasa inggeris. Yang sebelah aku MC bahasa arab. Dia memang pro arab. Aku tak tau macam mana dia study. Yang sebelah dia MC bahasa melayu. Dia orang debat kot. Tu jadi MC tu.

Well gambar ni memang buat aku teringat zaman waktu tu. Sebab? Sebab waktu ni la aku 1st time jadi MC majlis besar. Aku sebelum ni jadi MC perhimpunan je. Itupun perhimpunan Selasa sampai Khamis. Bukan hari Isnin punya perhimpunan. Dan waktu ni jugak aku kena buat persembahan multimedia. Dan sememangnya malam sebelum event tu memang aku penat gila. Nak bagi siap persembahan tu dengan nak train nak jadi MC. Aku tak tidur 2 malam sebab nak prepare untuk event ni.


Yang ni gambar aku kat Kelantan. Yang 2 orang sebelah aku tu kenalan dalam Friendster sebenarnya. Dan kalau korang tak tahu Friendster tu apa, jangan search. Sebab website tu dah jadi website apa entah. Game kot. Tapi bagi orang yang tahu Friendster tu apa. Zaman aku dan kau lebih kurang sama :D

Ya kitorang mula kenal dari Friendster. Lepastu Friendster jadi bosan tukar pergi MySpace. Dekat MySpace tak ramai yang buat sebab tak reti. *mungkin* Lepastu sambung kat Facebook. Kitorang kenal macam tu la :D

Aku pergi Kelantan dengan sekolah. JPN belanja sekolah sekolah asrama dekat Pulau Pinang pergi hang out kat Kelantan & Terengganu. Bukan semua sekolah asrama, beberapa sahaja. Sebab apa aku tak ingat. So waktu tu aku saja call 2 orang ni kata aku nak sampai Kelantan dan diorang tanya 'Kat area mana?' Aku jawab 'Wakaf Che Yeh'. *aku tak tau aku eja betul ke tak* So diorang kata 'Dekat je tu. Nanti kau dah sampai miss call aku'. Lepas aku sampai ja, aku miss call terus. Lepas kemas beg aku kat hotel berdekatan, turun balik jumpa 2 orang ni. Ah~ I miss that moment :D


Gambar ni waktu form 4 jugak. Tengah tahun 2010 kot. Aku tak pasti sangat. Tapi apa yang buat aku teringat kat gambar ni pengalaman pergi ke kenduri tu.

Mula-mula berkumpul dekat rumah sorang kawan ni. Ada dalam 5-6 orang jugak la. Niat nak tumpang kereta mak dia pergi kenduri tu. Tapi apakan daya kereta dia hanya kereta Honda City. So kitorang pun sumbat je semua dalam tu. Memang full stack kereta tu dibuatnya. Haha :D

Waktu sampai kenduri tu, jumpa kawan-kawan yang lain dah sampai. Memang havoc terus keadaan lepas tu. Gambar ni pulak photographer pengantin tu yang ambikkan. Terima kasih bro!

----------

Ini yang aku jumpa waktu aku tengok balik benda-benda lama dekat Facebook aku. Cuba korang tengok korang punya pulak. Ada yang mengingatkan kembali kepada zaman silam? Kalau ada mesti seronok kan? Sebab teringat apa yang kita buat dahulu. Kadang kadang 'benda' lama buat kita lebih matang. Seriously...

Jadi itu je la aku nak ceritakan. Tak banyak. Tapi sekurang kurangnya aku teringat balik pada kawan kawan aku dahulu :D

p/s : isnin 4 Jun aku daftar masuk PTPL Shah Alam. yang lain selamat berjuang. aku memang teringat kat kawan kawan aku sekarang. i'm gonna miss you all dude T_T

No comments:

Post a Comment