Pages

26 Apr 2012

Cara Membezakan Manusia

Salam and peace. Agak lama aku tak update sejak last time aku tulis benda mengarut aku kat blog ni. Aku bukan sibuk nak update blog tapi kurang idea apa yang nak tulis. Nak keluar rumah, transport tak dak. Kerja? Aku tak kerja. Why? Sebab tak dak transport. Aduhai hidup. Menghadap komputer je la tiap hari.

Baru-baru ni ada orang tanya aku 'Kenapa orang suka bawak kereta eh? It obviously creepy and scary'. Aku tersentak bila ditanya soalan macam tu. Apa yang perlu ditakutkan? Takut kemalangan? Bagi aku tak perlu takut. Sebab bagi aku kalau takut umpama takut untuk melangkah kehadapan. Ya kemalangan sesuatu perkara yang tidak baik. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh ambik iktibar dari apa yang berlaku. Tak gitu?

Aku ada kenal seorang manusia ni. Dia kawan aku. Sifat dia memang pemalu. Maksud aku malu sampai tak kenal tempat. Malu sampai nak nak tanya orang yang dia tak kenal pun tak mahu. Aku tanya dia 'Kenapa kau ni sampai macam tu sekali?'. Lepas tu dia jawab 'Aku segan sikit kalau nak tegur orang. Kalau orang tu tegur dulu tak pa gak. Kalau aku tegur pon orang yang aku kenal ja'. So aku pun tak mahu la kecikkan hati dia. Aku fikir positif ja. Aku anggap dia ni tahu macam mana nak progress dalam hidup. Cuma cara yang membezakan dia dengan orang lain.

Ingat, manusia ada banyak ragam dia. Jangan sesekali pandang buruk kat orang lain. Sebab kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Kita tak tahu apa yang dia fikir.

p/s : post ni aku tak tuju kat siapa pun. biar aku sorang ja yang tahu. sekadar teguran untuk diri sendiri. biar post kali ni jadi muhasabah untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment