Pages

9 Feb 2012

My Big Time (Driving License Part 1)

Salam and peace. Macam yang aku post semalam, hari ni aku belajar driving for the first time ever! ever..! ever..! *buat macam echo kat gaung tu* Kfine~ tipu je semua tu.

So tadi aku pergi Pusat Memandu Tan tu lebih kurang dalam pukul 3.50 petang. Of course petang takkan pagi kot kan? Lepas tu aku kena tandatangan borang ape entah. Sampai 8 tempat kena tandatangan. Lepas tandatangan baru aku pergi belajar driving tu.

Aku belajar drive dengan sorang pak cik ni. Dia agak tua la kalau aku tengok dari segi raut wajah dia. Dia sebenarnya dah tunggu aku kat pusat memandu tu. Cuma aku ja yang terlambat sampai. Aku tak tau la kalau dia dah lama tunggu tapi yang aku tau, Miss Tan owner tempat pusat memandu tu kata aku start belajar pukul 4 petang. So aku sampai awal lah kan? Bukan salah aku la. Tapi ape pun, maaf pak cik buat pak cik tunggu saya.

Mula-mula pak cik tu bawak aku sampai kat satu taman perumahan ni. Dia bawak aku pakai kereta Kancil ja. Bukan Kancil yang baru tu. Tapi Kancil klasik yang lama punya. Yang first edition produk Produa. Haha. Sementara nak sampai taman tu dia explain la sikit-sikit pasal nak drive kereta ni. Aku pon dengar la macam kitorang dah kawan lama. Aku sebenarnya tak tahu pon yang dia yang akan ajar aku bawak kereta tu. Sampai ja kat taman tu, dia suruh tukar tempat dengan dia. Aku dengan muka tak tahu, tukar je lah tempat dengan dia. Dia suruh aku drive pusing-pusing taman tu.

Ape yang best time driving tadi, aku bawak sebijik macam pak cik tu explain time on the way sampai ke taman tu. Tapi dia takde la puji or kutuk aku. Aku rasa aku punya driving tu dah ok kot. Cuma aku terShut Down kereta tu sekali ja time driving kat dalam taman tu. Nasib baik kereta aku ja yang dok hidup kat situ. Kira tak de orang lain kat situ lah. Cuma ada sekali tu pak cik tu suruh aku berhenti kat tepi jalan sebab dia nak buang air kecil kat tandas awam kat situ. Time aku tunggu pak cik tu ada satu motor ni jerit suruh kata Ag jalan ja. Orang tua tu lupa kat ag dah. Haha. Then aku pun maki dia balik. Tapi tak la maki keras-keras sangat. Maki ala kadar ja. Haha.

Lepas dah habis aku punya sejam setangah tu, pak cik tu tanya aku Berani bawak balik tak? Aku dengan rileknya jawab Boleh! *sekali dengan tanda seru tu. haha.* Kereta Kancil klasik edition tu aku bawak balik sampai kat pusat memandu. Kira aku dah tak payah pergi test JPJ dah la. Aku siap redah jalan construction lagi tadi. Cuma tak naik bukit ja. Haha.

Sampai ja pusat memandu tu, aku call ayah aku sebab aku nak balik rumah nak solat asar. Yelah, aku start belajar tu pukul 4, habis pukul 5.30. Mana aku sempat solat asar lagi. Then ayah aku ambik aku, nak balik. Aku sebenarnya dah tak reti nak tulis sebab aku dah story habis cerita aku driving kat mak and adik aku. Tapi aku usaha jugak nak tulis kat sini. Tak salah kan aku buat post panjang-panjang?

Time belajar tadi masalah aku satu ja, kereta tu. Kereta tu kereta Kancil dan sememangnya kereta Kancil klasik ni memanglah kecik. Ruang dalam kereta tu kecik, pedal minyak brek dengan klac dia pon kecik. Dan itu menyebabkan bila aku tekan pedal minyak menyebabkan aku tertekan pedal brek sekali. Kereta tu sentap bila aku terbuat macam tu. Bukan sengaja tapi nak buat macam mana? Kaki aku dahla besar tambah pulak ruang dalam kereta tu kecik. Memanglah! Aku pusing stereng pon kadang-kadang terkena peha aku sendiri. Aku terberhenti pusing stereng bila aku nak buat U-turn. Grr =='

p/s : maaf kalau post aku kali ni annoying sikit. aku memanglah tak reti nak menulis panjang-panjang. aku akan cuba repair cara penulisan aku dari semasa ke semasa. and pengajaran buat aku, tolong ingat kat semua benda ni, handbrake, signal and cermin pandang belakang + cermin sisi kiri kanan. aku selalu terlupa 3 benda tu time aku drive balik ke pusat memandu. adoi~

2 comments:

  1. pakcik :) tahniah la, :) kagum nih :)

    ReplyDelete
  2. macik :) thank you sebab kagum sekali :)

    ReplyDelete