Pages

1 Mar 2012

My Big Time (Driving License Part 7 *FINAL*)

Salam and peace. Ini final part untuk aku punya My Big Time (Driving License).

Kalau aku dah tulis FINAL tu maknanya dah tak dak post  Driving License dah. Dan itu bermakna aku bakal dapat lesen yang bernama P. Final step kena tunggu 2 tahun untuk dapatkan lesen kompeten pulak :D

Lets get to the story.

Aku pergi test tu sememangnya dengan kegemuruhan yang amat. Yelah, nak bagi lulus lesen. Kena buat betul-betul kan? Aku sampai kat HQ pusat memandu tu dalam pukul 9 pagi. Sampai ja situ, Ya Allah penuhnya manusia. Aku daftar dapat nombor 60 sesi kedua. Mula-mula aku fikir Kejap je kot nak sampai turn aku. Rupanya aku silap. Sesi pertama saja dah ada 60 orang. Lepas tu baru sesi kedua. Baru aku sedar lambat lagi nak kena test. Aduh~

Then sementara menunggu tu, aku melalut dengan kawan aku. Sembang kutuk kacau orang bawak kereta kerja kitorang sementara tunggu turn. Sebab kawan aku tu dapat nombor 59 sesi kedua. Kira dia test sebelum aku. But still, kena tunggu turn jugak. Urgh~

Tunggu punya tunggu dalam pukul 11 lebih nak masuk pukul 12, baru aku dapat kereta. Benda pertama kena buat ialah panjat bukit tu. Panjat bukit tu JPJ memang bagi buat 2 kali kalau 1st attempt kita fail. Dan tak sangkanya 1st attempt aku fail. Why? Sebab aku tekan brek awal sangat. So, tayar depan aku tak sampai lagi kat line kuning tu. Urgh~ Untuk 2nd attempt memang aku buat serious se-serious yang boleh. Baru lepas. Grr ==' Waktu turun bukit tu balik aku memang kata Oh thank you God. You save me :D

Lepas tu buat parking. Aku buat parking rasa laju ja. Rasa kalau JPJ bagi 1 minit pon aku boleh siap :D Lepas lulus parking, pergi 3 penjuru pulak. Pon aku rasa laju gila aku buat. Waktu pusing stereng tu aku bayang macam aku tengah drift. Haha XD Lepas habis semua tu, ambik results untuk Bahagian I bagi kat kaunter mana entah, tunggu turn untuk Bahagian II yakni test on road pulak. So kena tunggu lagi. Aduh~

Sementara tunggu nak kena test on road ni, aku dengan kawan aku yang datang sekali dengan aku decide nak makan and solat dulu. Kawan aku tu dia ambik nasi dengan sayur kobis ja. Aku tanya kenapa tak amik ayam or daging? Dia kata Aku tak makan benda berminyak time tengah hari. Aku pon tak boleh nak kata apa. Aku anggap yang dia nak jimat duit jelah.

Then lepas makan and solat zohor, tunggu lagi untuk di-test on road. Sampai pukul 3 lebih baru sampai turn aku. Yes, sememangnya aku gemuruh and berdebar-debar waktu tunggu tu. Walaupun dah masuk kereta pon aku still rasa susah hati. Aku cuba nak rileks nak bawak macam biasa tapi tak boleh. Aku cuba jalan terakhir - selawat. Cara tu dapat kurangkan sikit gemuruh aku. But still gemuruh tu ada lagi.

Waktu test on road tu, tengah hujan. Aku drive pon hujan. Jadi sedikit kabur penglihatan. But that's not a problem at all. Aku memang bawak macam biasa (: Tapi mungkin disebabkan terlalu tenang bawak kereta tu, enjin kereta aku mati time nak buat u-turn. Aduh~ Pedihnya perasaan aku waktu tu hanya Tuhan yang tahu. Yelah, mati enjin waktu test JPJ. Tak ke rasa macam nak fail dah? Tapi aku bawak jugak. Masuk ja tempat memandu tu balik, dia bagi salinan kertas keputusan aku. And aku dapat 17/20. Aku memang happy sangat. Happy yang teramat sangat (:

So, that's it. That is how I got my driving license. Memang banyak benda kita nak. Tapi tak semua akan datang bergolek. Mesti ada susah dia walaupon sedikit. Walaupon GEMURUH. Bukan Tuhan saja tak nak bagi hamba Dia fail. Tapi Tuhan nak tengok jauh mana hamba Dia boleh pergi. Jangan putus asa dan selawat banyak-banyak kunci dia. Sebab bila kita ingat Tuhan, Tuhan mesti ingat kita balik :D

p/s : aku tak tahu sangat apa nak tulis kat ruangan ni. tapi aku rasa mesti ada yang nak complain pasal ending cerita aku. memang tak best lansung ending ni kan?

4 comments:

  1. da dpt lesen .. best r ag ..
    jup . time enjin ag maty towh tester ta kata pa ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata aku AWESOME! Haha XD Takdelah. Dia suruh aku rilek. Sebab dia rasa aku gemuruh sangat. Aku rasa aku ok ja :D

      Delete