Pages

23 Feb 2012

How To : Download Video/Lagu Terus Dari Youtube

Salam and peace. Hari ni aku nak bagitahu macam mana nak download video atau lagu straight dari Youtube tanpa menggunakan software. Sebab aku ada tengok laptop kawan-kawan aku bila bukak video kat Youtube, ada pop-up bubble keluar kat atas video tu. Dia tulis 'Download This Video'. Yang jenis macam tu sah pakai software. Software apa? Banyak software yang boleh buat macam tu contoh, RealPlayer dan banyak lagi lah.

Ada jugak yang pakai Youtube Downloader. Well, yang ni pon pakai software walaupon software tu kecik tapi kita still kalau boleh tak nak beratkan komputer kita kan? Youtube Downloader tu bukan tak bagus cuma kalau boleh kita tak nak semakkan desktop kita. Kan?

Cara yang aku nak ajar ni cara yang aku selalu buat. Aku tak mau download software mengarut semata-mata nak download video dari Youtube.

So korang buat macam ni :

  1. Pergi website ni : www.keepvid.com
  2. Korang ambik link video yang korang nak download tu. Cara yang terbaik nak copy link tu korang tekan 'Share' bawah video tu. Lepas tu tekan 'Option'. Tick 'Long Link'. Then copy link tu baru paste dekat website yang aku tulis kat atas tu.
  3. Klik 'Download' Nanti dia akan pop-up satu warning ni dia suruh allow Java tu. Sebelum tu tick yang atas dia tu. Aku tak berapa nak ingat dia tulis apa. Yang pasti benda tu nak suruh kita allow setiap kali nak download video.
  4. Nanti dia bukak page baru dia bagi banyak-banyak jenis format video termasuk size video yang kita nak. Korang pilih yang korang berkenan. Tapi ingat, lagi besar size video tu, lagi hebat format video tu, lagi lambat korang nak download video tu. Bukan apa, nak ingatkan korang je. Takut nanti download 1 video je dah sampai berpuluh-puluh MB dah. Kan rugi space.
  5. Lepas download, layanlah video tu :)


Yang ni pulak aku nak tunjuk macam mana nak dowload lagu straight dari Youtube. Kalau dah malas sangat nak cari dekat 4shared.com, ini jelah cara paling senang nak download lagu. Seriously!


  1. Korang pergi website ni : www.snipmp3.com
  2. Korang copy link video tu. Lepas tu paste dekat box yang ada kat website tu. Cara yang terbaik nak copy link video tu sama macam yang atas tu. Aku malas nak taip balik. Copy paste pon nanti kena tukar ayat jugak. Grr =='
  3. Klik 'Convert to MP3' sebelah box tu. Kat sini dia bagi satu format ja. Format MP3. Dan tak dak size besar kecik pon.
  4. Lepas download lagu tu, layan lah :)


Tapi pakai snipmp3 ni satu ja masalah dia. Korang tengok gambar bawah ni.


Kalau korang perasan lagu ni panjang dia sampai 25 minit. Walhal sepatutnya lagu ni 3 atau 4 minit lebih kurang. Tapi aku dah cuba play dan dengar lagu ni. Sampai ending lagu tu ja, dia akan stop. Kira kalau potong 4 minit lah katakan dari 25 minit atas tu, nanti dia stop sendiri. Ataupon kalau ada lagi lagu yang korang letak kat playlist tu, nanti lepas habis lagu tu, dia next sendiri pergi ke lagu seterusnya. Tak perlu risau dengan kebengongan benda tu. Buat tak tahu je :)

Size lagu yang korang download ni nanti tak kan jadi besar mana pon. Dia tulis ja 25 minit tapi size 1 atau 2 MB ja. Kecik je kan? Kalau nak banding dengan lagu dekat 4shared.com tu, size dia sampai 8 atau 9 MB. Kan rugi space tu. Hee :D

So, ini jelah yang aku rasa aku patut bagitahu. Aku mintak maaf kalau apa yang aku tulis kat sini tak jadi dekat korang. Sepatutnya semua menjadi. Kalau ada yang tak faham. Sudikan bertanya. Bak kata cikgu sekolah rendah aku Tak tahu tanya, jangan ditanya tak tahu :)

p/s : ini aku punya 'How To' yang kedua. terima kasih sebab sudi baca tutorial aku ni. aku sebenarnya bukan pandai sangat nak ajar orang. ni pon aku rasa macam aku saja nak buat. maaf andai kata kalau ada yang tak faham dengan cara penulisan aku. maaf sekali lagi. post ni kredit untuk @AmizaAqiela sebab dia yang request kat aku suruh buat tutorial ni. thank you! :D

5 comments:

  1. Hehe. Trimas untuk post ini :) Hehe, ada nama aku kat situ lahh :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hoho. Saja nak penuhkan komen kat sini lagi :P

      Delete
  3. Salam..
    ade lgi cra yg lbih sng nk download straight dri utube..
    tambh je pkataan keep kt dpn link utube tu..

    cnth:www.keepyoutube.com/watch?v=2zoHyzDng94

    p/s: xpekn klau ak kongsi kt sni?klau xske sorry..

    ReplyDelete